Photobucket
Photobucket

Friday, July 23, 2010

KECEMERLANGAN


Kecemerlangan dapat diertikan sebagai keadaan melepasi sesuatu piawaian yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat baik.

Kecemerlangan di dunia dalam apa jua bidang hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit berbentuk sementara, bukan kecemerlangan hakiki, malah memperdayakan manusia.

“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;” (Surah Asy-Syura; 36).

Imam Ghazali dalam kitabnya yang terkenal, Ihya Ulumuddin telah menyatakan terdapat empat ciri kebahagian (kecemerlangan) di akhirat (yang tiada di dunia); iaitu:

i. Keadaannya kekal abadi

ii. Kegembiraan yang berkekalan

iii. Tidak wujud kejahilan

iv. Tidak wujud kemiskinan

Kesimpulannya; piawaian kecemerlangan ditentukan oleh Allah S.W.T dan dinyatakan dalam Al-Quran dan dibantu huraiannya oleh Sunnah Rasulullah S.A.W.

Antara Tip-tip Cemerlang yang boleh dipetik daripada Al-Quran ialah:-

  1. Cemerlang dengan menjadi Global Champion (Jaguh Global)
  2. Cemerlang dengan Iman dan Takwa
  3. Cemerlang Ilmu serta hikmah
  4. Cemerlang ilmu semasa
  5. Cemerlang dengan membaca dan meneliti Al-Quran
  6. Cemerlang dengan wawasan
  7. Cemerlang dengan merancang
  8. Cemerlang dengan ikhlas
  9. Cemerlang berlandaskan syariat
  10. Cemerlang dengan menegakkan ibadah
  11. Cemerlang dengan sembahyang
  12. Cemerlang dengan zikrullah
  13. Cemerlang dengan jihad dan mujahadah
  14. Cemerlang dengan tawakal
  15. Cemerlang dengan menjaga kualiti
  16. Cemerlang dengan menegakkan ihsan
  17. Cemerlang dengan memelihara amanah
  18. Cemerlang dengan hati dan akhlak yang murni
  19. Cemerlang dengan sabar dan sikap positif
  20. Cemerlang dengan menegakkan keadilan
  21. Cemerlang dengan mengawal emosi
  22. Cemerlang dengan member maaf
  23. Cemerlang dengan bersyukur
  24. Cemerlang dengan kosisten
  25. Cemerlang bekerja dalam pasukan
  26. Cemerlang melalui musyawarah
  27. Cemerlang melalui perpaduan
  28. Cemerlang dengan membentuk pelapis
  29. Cemerlang dengan berhemat dan tidak kikir
  30. Cemerlang dengan kominikasi berkesan
  31. Cemerlang dengan menjaga pemakanan serta kesihatan
  32. Cemerlang dengan pengurusa masa
  33. Cemerlang dengan teknologi
  34. Cemerlang dengan memanfaatkan pusingan biologi
  35. Cemerlang dengan imej positif
  36. Cemerlang dengan berdoa

Sunday, July 18, 2010

Apa itu Cinta??????


Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.
Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam.
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?
Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karena walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono.
Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, ketimbang memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Karena hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.
Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.
Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.

menangisi perpisahan akibat gagal bercinta


  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Friday, July 16, 2010

Andai Al-Quran Berbicara


Andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata:
"waktu kau masih kanak-kanak, kau bagai teman sejatiku. dengan wuduk kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lilih dan syahdu. Sekarang kau sudah dewasa, nampaknya kau tak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah??? sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri, aku menjadi kusam dalam almari, berlapis debu, dimakan kutu. Ku mohon pegang lah aku lagi, bacalah aku setiap hari kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu nanti!!!

Thursday, July 15, 2010

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA



kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=================================

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


" Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta,tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa"

Monday, July 12, 2010


Pesan pada diri..,jangan tersalah memberi hati..pada insan yang xsudi,pada insan yang xmengerti, kerana..sekali kau memberi, selamanya dia dihati..
kerana..skali kau d'lukai..sampai MATI..tetap kau ingati..pesan lagi pada diri..hati2lh dlm m'beri hati..sebab ia hanya untuk insan yg tahu m'hargai..betapa tunggunya nilai sekeping HATI...