Photobucket
Photobucket

Saturday, November 13, 2010

ImPiaN KaSih


Kasih dengarlah hatiku berbica , Kasih izinkan diriku bertanya Bisakah cinta bersemi, Mengundang restu Ilahi Adakah bahgia yang diimpi, Menjadi satu realiti. Kasih ku sedari kekurangan diri, Kasih ku insafi kelemahan diri Ku ingin sunting dirimu, Menjadi permaisuri hatiku Sebagai isteri yang berbudi, Kebanggaan para suami Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah Yang akan membahagiakan, Syurga dalam rumahtangga Hanya itu yang ku inginkan, Dari insan yang amat kusayang Damaikanlah resah hatiku, Aku rindu kasih dan sayangmu Terimalah seadanya, Akulah hiasan pelamin hidupmu Hanya itu yang ku inginkan, Dari insan yang amat kusayang Damaikanlah resah hatiku, Aku rindu kasih dan sayangmu Terimalah seadanya, Akulah hiasan pelamin hidupmu Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah Yang akan membahagiakan, Syurga dalam rumahtangga Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah Yang akan membahagiakan, Syurga dalam rumahtangga Andainya tiada jodoh, Untuk ke singgahsana Ku pasrahkan segalanya, Kerna takdir yang akan menentukan Impian kasih..........

Bila diri disayangi


Terdengar bisikan mesra
kalimah keramat bermentera
bermulanya siang berakhir malamku tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu tiada tempat mu tertentu di gunung
di lembah di darat di air

siapa pun hamba keikhlasan doa
keagunan kasih mengubah takdir
Bila ku sedari diri di sayangi
langkah kaki ini semakin berani
bila terkeliru ku ucap nama mu
terasa diriku kembali dipandu
engkaulah pertama tiada akhirnya aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
izinkanlah aku menumpang di sini dibawah naungan kasih dan sayang mu
ku berserah diri

Thursday, November 11, 2010

pesanan buAt SemUa...

•DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU MUSA R.A beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam.

•Sesungguhya telah rugi lah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia..sambil mereka memikul dosa-dosa


Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli "." Beliau menjawab, "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar." Saya berkata lagi, "Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, "~ Laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al-Waqi'ah: 23) Beliau menjawab, "Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia."

Tuesday, October 12, 2010

pujangga...!!

Disuatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yg lebih penting....-D...Dirimu atau nyawaku...dan aku menjawab nyawaku lebih penting....@dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan...(...tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.....sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...tiada orng lain dalam hidupku dan tiada sesiapa lagi hanya kau seorng sahaja dalam hatiku...



KitA BeRsaHaBat SeLamaNya....

Agama Islam adalah agama universal.

Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman.

Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman.

Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.

Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.

Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.

Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif.

Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.

Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia....

berdiam diri adalah lebih baek drp berbicara

Kenapa asyik membuka mulut berkata-kata kosong tanpa manfaat sedikitpun, bukankah diam itu lebih baik? Kenapa sibuk mengatakan keburukan orang lain dengan tidak henti-henti mengumpat, bukankah diam itu lebih baik? Kenapa mulut tidak penat mengeluarkan kata-kata kesat meskipun kepada rakan-rakan, bukankah diam itu lebih baik? Kenapa masih tidak insaf berkata-kata buruk dengan mengutuk orang lain, bukankah diam itu lebih baik? Kenapa agaknya mulut itu tidak boleh dikunci walaupun untuk masa yang singkat, bukankah diam itu lebih baIK.

“barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nerakalah tempat paling layak baginya”

Friday, July 23, 2010

KECEMERLANGAN


Kecemerlangan dapat diertikan sebagai keadaan melepasi sesuatu piawaian yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat baik.

Kecemerlangan di dunia dalam apa jua bidang hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit berbentuk sementara, bukan kecemerlangan hakiki, malah memperdayakan manusia.

“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;” (Surah Asy-Syura; 36).

Imam Ghazali dalam kitabnya yang terkenal, Ihya Ulumuddin telah menyatakan terdapat empat ciri kebahagian (kecemerlangan) di akhirat (yang tiada di dunia); iaitu:

i. Keadaannya kekal abadi

ii. Kegembiraan yang berkekalan

iii. Tidak wujud kejahilan

iv. Tidak wujud kemiskinan

Kesimpulannya; piawaian kecemerlangan ditentukan oleh Allah S.W.T dan dinyatakan dalam Al-Quran dan dibantu huraiannya oleh Sunnah Rasulullah S.A.W.

Antara Tip-tip Cemerlang yang boleh dipetik daripada Al-Quran ialah:-

  1. Cemerlang dengan menjadi Global Champion (Jaguh Global)
  2. Cemerlang dengan Iman dan Takwa
  3. Cemerlang Ilmu serta hikmah
  4. Cemerlang ilmu semasa
  5. Cemerlang dengan membaca dan meneliti Al-Quran
  6. Cemerlang dengan wawasan
  7. Cemerlang dengan merancang
  8. Cemerlang dengan ikhlas
  9. Cemerlang berlandaskan syariat
  10. Cemerlang dengan menegakkan ibadah
  11. Cemerlang dengan sembahyang
  12. Cemerlang dengan zikrullah
  13. Cemerlang dengan jihad dan mujahadah
  14. Cemerlang dengan tawakal
  15. Cemerlang dengan menjaga kualiti
  16. Cemerlang dengan menegakkan ihsan
  17. Cemerlang dengan memelihara amanah
  18. Cemerlang dengan hati dan akhlak yang murni
  19. Cemerlang dengan sabar dan sikap positif
  20. Cemerlang dengan menegakkan keadilan
  21. Cemerlang dengan mengawal emosi
  22. Cemerlang dengan member maaf
  23. Cemerlang dengan bersyukur
  24. Cemerlang dengan kosisten
  25. Cemerlang bekerja dalam pasukan
  26. Cemerlang melalui musyawarah
  27. Cemerlang melalui perpaduan
  28. Cemerlang dengan membentuk pelapis
  29. Cemerlang dengan berhemat dan tidak kikir
  30. Cemerlang dengan kominikasi berkesan
  31. Cemerlang dengan menjaga pemakanan serta kesihatan
  32. Cemerlang dengan pengurusa masa
  33. Cemerlang dengan teknologi
  34. Cemerlang dengan memanfaatkan pusingan biologi
  35. Cemerlang dengan imej positif
  36. Cemerlang dengan berdoa

Sunday, July 18, 2010

Apa itu Cinta??????


Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.
Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam.
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?
Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karena walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono.
Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, ketimbang memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Karena hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.
Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.
Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.